Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam
ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh
kehormatan.
Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat
pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah
menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam
a.s.
Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke
langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.
Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s
kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga
termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut.
Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan
kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan
dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar
pada Nabi Nuh a.s.
Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat
sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda
diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi
penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk
dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari
angkara kekejamanNamrud.
Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi
Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri
sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi
Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua
malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas
perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya
dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s
maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.
Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke
langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini
merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani
Israil.
Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10
Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu
tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli
sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa
dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka
tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada
Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s
Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun
serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10
Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.
Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut
ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan
hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun
menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan
kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.
Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman
a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu,
mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada
Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya: “Saya dahulu telah
menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini
terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa
dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar